Saturday, March 23, 2013

ZAMAN PERSEKOLAHAN.

ASSALAMUALAIKUM.bertemu kembali dinihari yang cerah dan mendamaikan. Jom... hamba nak menceritakan sedikit memori yang hamba tidak lupakan. Disini hamba mempunyai rakan-rakan yang masih hamba ingat seperti Azmah Ahmad, Yousmini Mad Jah, Musalmah, Khirrudin Ayip, Khir Johari , Noriza Ismail, Norsiah Sharif dan ramai lagi dalam persahabtan. Semasa bersekolah disini hamba berada dialiran sain rumahtangga diterajui olih cikgu Puan Sarmi.
inilah rakan-rakan hamba yang masih daam ingatan hamba.Sekian lama hamba mencari kehadiran kalian.Dimana kalian sekarang? teringin hamba bertemu dengan kalian. Kerinduan semakin mendesak untuk bercerita akan kisah-kisah lama.Selepas tamat sahaja tingkatan 5 , selepas menerima keputusan SPM terputusnya perhubungan dengan rakan--rakan.   Masing-masing membawa haluan , mencai pekerjaan dan ada yang meneruskan persekolahan yan paling tinggi. Sementara hamba pulak menjagi pengganggur kehormat.Menjaga adik-adik sekolah dan membantu bonda jual kuih dan nasi lemak.



 sumber
kuih karipap sememangnya sedap.... kuih ini jarang dibuat untuk dijual. Selalunya dibuat bila nak makan untuk keluarga minum petang.
 sumber.
Kuih ketayap adalah kuih paling senang disediakan. Intinya pula hamba yang buat setelah bonda memberi tunjuk ajar cara nak masak. A;hamdullillah.....
 sumber.
Kuih Buah Melaka. Kuih ini jarang dibuat untuk dijual..sebabnya kelapanya tidak tahan..cepat basi.....Jadinya bonda hanya buat untuk minum petang aje.. bestnya kuih ini  ada inti gula melaka yang tidak cair.hingga sekarang hamba suka buat kuih ini.
 sumber.
Nasi Lemak ini dibuat setiap hari.... inilah yang memberi pendapatan yang lebih untuk menampung perbelanjaa harian buat bonda. TErlalu sukar untuk hamba meleraikan ungkapan hati seorang ibu untuk mencari duit lebih buat belanja. Bonda sering mengingatkan hamba supaya berjimat dan jangan boros.Setiap hari hamba akan menghantar ke kedai dan setiap petang pula mengutip duit jualan. begitulah aktiviti hamba jika hari tidak sekolah... lagi banyaklah yang hamba buat untuk embantu bonda. Sementara upahnya a50 sen setiap hari. Dengan upahan itulah hamba menabung utnuk membeli keperluan harian hamba.
Hamba tidak dibenarkan membeli majalah hiburan , hamba tidak kenal siap artis dikala persekolahan. hanya melalui radia dan tv sahaja maklumat yang hamba tahu.
Tapi kadang kala hamba mencuri membeli majaha hiburan tetapi terpaksa sorok-sorok.

sumber.
Kuih koci ini kuih yang paling hamba suka buat. Apa tidaknya... kuih ini sedap .. kalau bonda buat kuih koci..diletak santan pekat dalam daun pisang. Setiap petang hamba akan mengelap daun pisang.Ayahanda akan mencari daun pisang terlebih dahulu.
Begitulah susah senang hamba mencari duit tabung. SEcara tak langsung.. hamba  rapat dengan bonda..setiap cerita bonda akan berkongsi sama dengan  hamba. Tapi hamba hanya dapat berkongsi rahsia kehidupan walaupun ditika itu hamba kecil lagi tapi punyai hati yang bersemangat untuk membantu bonda seupaya bonda tak perlu berniaga nasi lemak lagi.
hasil dari berniaga dapatlah bonda membeli keperluan yang bonda nak,seperti beli baju, pinggan mangkuk. Kalau nak diharapkan gaji polis,, susah sekali. hanya airmata bonda sahaja yang dapat hamba rasai...
cukup sampai disini dulu. nanati hamba teruskan dilain masa.



No comments:

Post a Comment

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014