Sunday, March 24, 2013

KASIH BERTAUP KEMBALI.

Kira-kira di akhir tahun 2011 hamba mendapat maklumbalas dari halaman facebook.Alangkah terkejutnya hamba apabila hamba terlihat wajah-wajah rakan sekolah hamba ada di facebook.Dengan tidak tunggu-tunggu , hamba menghubungi mereka dengan berpandukan talian talipon ada tertera di halaman wall facebook.
Dengan mengenalkan nama hamba, jejak kasih yang hamba cari-cari sekian lamanya , akhirnya tertaup jua.Satu persatu hamba berhubung.Akhirnya hamba meminta salah seorang rakan hamba mengadakan reunion.
Perancangan demi perancangan dilakukan. Melalui facebook lah hamba serta rakan-rakan yang lain membuat persiapan untuk menjayakan program ini.
Seronoknya, apa tidaknya... sekian lama 32 tahun terpisah, bagaimana lah agaknya pertemuan itu nanti.

Bagaimana agaknya wajah-wajah kalian.baik rakan lelaki atau pun rakan perempuan. Hamba tak sabar untuk pertemuan ini. Ada yang sudah ekmbali ke kampung halaman sendiri, ada yang dapat bertugas dan berkhidmat di kampung halaman. Seronok kan... Bila mengingatkan Parit Raja Batu Pahat, teringat hamba akan temppat ini yang banyak nostalgianya. Apa tidaknya dari tahun 1972 hinggalah 1984 keluarga hamba menetap di sini. Nostalgianya sukar dilupakan dari ingatan hamba. Kenangan demi kenangan menggamit kenangan.


Ini lah rakan hamba yang bertindak sebagai pengerusi untuk menjayakan prgoram reunion group 75-79 dan group 76-80 EX STI.Sementara hamba bertindak sebagai bendahari sementara untuk mengutip setiap bayaran melalui bank in dan setiap maklumat akan diwar-warkan dalam wall group.
TERIMA KASIH FACEBOOK.Mempertemukan hamba dengan rakan-rakan hamba.



No comments:

Post a Comment

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014