Saturday, March 23, 2013

SINAR SURIA.

Seminggu selepas arwah bonda .. hamba mendapat jawaban untuk menjalani latihan ke sekolah kejururawatan penolong jururawat muar. Bagi mengembalikan keadaan sedeh yang ketara atas kehilangan bonda..hamba kuatkan hati dan penuh semangat untuk belajar lagi selama 2 tahun.
Di sekolah latihan ini mengajar hamba berdikari tinggal di asrama dan tinggallah adik-adik bersama ayahanda di Batu Pahat.
Tiada siapa yang menghantar hamba ke sana. Hamba berkenalan dengan rakan-rakan yang kebanyakkannya
datang dari serata tempat.
 sumber.
Disinilah tempat yang mengajar hamba dalam kejururawatan. Sememangnya  inilah langkah pertama hamba untuk membantu pesakit selepas hamba tamat latihan nanti..

KUMPULAN 1/85 PELATIH PENOLONG JURURAWAT 
SEKOLAH LATIHAN PENOLONG JURURAWAT MUAR,JOHOR
Hamba memulakan latihan pada 13hb.mei.1985 hingga 13hb.mei.1987. Disini banyak sangat kenangan manis hamba bersama rakan-rakan.Kenalan hamba yang paling tidak dilupakan ialah Asiah Aris, Rosimah, Sabariah, Sarimah, Rosnah, Saadiah, Surinah, Noor Aishah, Norasmah. Norhayati, dan lain-lain.Bersama tenaga pengajar, Puan Nair, Puan Aminah, yang lain tidak berapa ingat.
Tatkala masa mengejar cita-cita hendak lulus dengan baik... masa hamba penuh dengan buku-buku. Bila cuti baru lah hamba dapat pulang ke Batu Pahat untuk melihat keadaan adik-adik dan ayahanda. SEsekali teringat juga arwah bonda. Memandangkan cuti tidak panjang hanya 2 hari aje.. hamba terpaksa pulang semula ke muar. Kenangan bersama rakan-rakan sentiasa menggamit kenangan.
BERSAMA ROSIMAH OTHMAN

 Ini bergambar dengan sahabat hamba dari Johor. bersama menjalani latihan. Hamba sejujurnya begitu rapat dengannya. Masa ini masa remaja lagi.Tersangat rindu dengan beliau. Rindu sangat-sangat hendak berjumpa dengannya.hamba terpisah selepas tamat latihan hingga tidak bertemu lagi....

BERSAMA PUAN PENGAJAR CHOONG

 inilah gambar kenangan dengan semua rakan-rakan di tahun 2 latihan. Seronok kan... masa ini pakai uniform nurse.
Tapi perangai macam keanak-anakkan. hingga kan ada dikalangan kami ada nama glamour, termasuklah hamba.opppppp.... tidak bolih bagi tau.....
 ini diambil semasa mengendalikan satu acara menyambut kedatangan adik-adik junior AN. Kami jadi senior..tapi tak membuli. Semuanya nama masih hamba ingat.. tapi belum ada kesempatan bertemu.. Norasihah masih di hospital selayang.. Norasmah di hospital segamat, Faridah di hospital muar dan sementara pipah di hospital johor. Syabar anda semuanya berjaya dengan kerjaya yang membanggakan.TAHNIAH!!!!!!!.

BERSAMA ASIAH, SABARIAH, SAADIAH,ROSIMAH.

Sementara ini pula adakalanya group kami ini bersantai bila habis exam.untuk melepaskan tension kami berjalan-jalan ke pantai tanjung agas. Rindukan tempat ini menggamit kenangan tempat kami bersantai , lepak-lepak. Sempat kami merakamkan gambar ini sebagai kenangan.Dulu-dulu  tempat ini tidak lah secantik sekarang. Sesekali bila hamba turun batu pahat... sempat juga hamba menuju jalan ini... mengingatkan pertemuan group kami.



No comments:

Post a Comment

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014