Saturday, March 23, 2013

KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA.

TARIKH 3HB.SEPT.1993 , hari hamba melapur diri untuk menjalani latihan sebagai jururawat pelatih di sekolah latihan jururawat melaka.
SELAMAT DATANG !!!!!!
 kehadiran hamba di kolej ini bagi menyambung dan menambah pengetahuan lebih tinggi dalam bidang kejururawat dan belajar untuk menjadi seorang jururawat terlatih. Disini hamba bertemu dengan rakan-rakan penolong jururawat ydari serata tempat. hamba berkenalan dan jadilah hamba satu keluarga. Di kumpulan ini lebih ramai sekali. ada yang datangnya sabah dan sarawak. namun begitu hamba tidak menetap asrama , malah hamba menyewa rumah disekitar yang berhampiran dengan kolej.
 KUMPULAN 1/93 STUDENT NURSE KOLEJ KEJURURAWATAN MELAKA.
 INILAH gambar hamba semasa melapur diri...... masih bolih tersenyum walau pun hati tiada siapa yang tahu kan betapa kekecewaan yang sentiasa hinggap dalam sanubari hamba. kseronokkannya apabila bergaul dengan rakan-rakan.

hamba yang tidak putus-putus mengharapkan kejayaan dalam latihan ini. banyak yang hamba belajar dalam kehidupan yang semakin mendewasakan hamba. hamba tinggalkan adik-adik dan ayahanda di batu pahat.kadang-kadang kerinduan masih menebal memaksa hamba untuk pulang ke batu pahat untuk ziarah ayahanda dan adik-adik. namun kepulangan hamba tidak amembahagiakan sebab ayahanda dah tidak lagi bersama- sama adik-adik kerana ayahanda telah berpindah dan berkawin lain. Adik-adik hamba bersendiran meneruskan kehidupan di batu pahat.

No comments:

Post a Comment

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014