Cantikkan warnanya ditempah olih rakan hamba. Hamba jual dengan RM 45.00 sahaja. Seronoknya bila mendapat duitnya. Hamba menabung hendak buat modal beli bahan-bahan.Ada lagi....
kedua-dua bag ini telah ditempah olih Pn Sham. buat emaknya. Seronok kannnn. Hamba lebih seronok. Dapat duit jualan. Kesemua tote bag ini hamba guna fabric cotton. Sebab cantik. Kebaikkannya bag ini bolih basuh dan tahan lama dan buatan tangan ni lebih kemas. Tenguk lagi...
Ini pulak tote bag hamba jahit sulam mesin berkomputer. Cantik. Ini pulak hamba jual dengan harga RM50.00. Sebab sulam mesin. Biru warnanya. Sejuk mata memandang dan redup menenangkan fikiran.
Tote bag ini telah dijual kepada rakan lama hamba yang bertugas unit rehabilitasi HTJS. Beliau berpuas hati sebab corak dan warnanya atas permintaannya. Hamba pun teruja untuk meneruskan jualan bag ini.
Inilah hasilnya dan jualan nya pulak memberangsangkan. Ini belum lagi hamba bawa balik ke kampung.Kalau dulu hamba asyik habiskan masa dengan tidur, tetapi kini tidak lagi... Bila cuti ada hari sabtu dan ahad, hamba lebih suka menghabiskan masa di rumah aje. Bolih menjahit.....
Kekadang tu hamba terfikir jugak nak buat bag banyak-banyak, tapi dikhuatiri tiada pembelinya. Ada masa itu hamba berangan nak buka kedai homemade hasil dari kerjatangan hamba.Entahlah mana lah terdaya hamba nak terbuat. Masa berpencen lambat lagi..... cuma tinggal 4-5 tahun lagi.
Ok cukup disini dulu akan koleksi tote bag ini.
No comments:
Post a Comment