TEMAN
kadang-kadang kita terlupa tentang sahabat kita. Sahabat yang paling rapat bersama kita.Sahabat yang kita kenal teramatlah sukar untuk menjelaskan siapa sahabat sejati, siapa sahabat yang menghancurkan kita. Dan siapa sahabat yang bersedia berkongsi masalah dan suka-duka kita.
Dengan erti kata,sahabat yang baik , jujur dan ikhlas lah yang kita cari.Sahabat menjadi pendengar yang terbaik buat kita.
Begitulah kisahnya sahabat yang ingin hamba cerita kat sini,,
sahabat yang ku kenali semasa dizaman persekolahan.Alam persekolah hamba di Sekolah Menengah Tun Ismail Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Dari tahun 1975 hinggalah tahun 1979, perhubungan persahabatan tidak pernah tergugat akan apa jua persengketaan, hamba terputus perhubungan selepas SPM.Masing-masing mengikut haluan masing dalam mengejar pekerjaan dan ada jua menamatkan zaman bujang.
Sementara hamba hidup membawa haluan sebagai penganggur menemani keluarga yang memerlukan perkhidmatan hamba untuk membantu bonda dalam berniaga.
Dalam masa yang sama.. ada juga hamba memohon pekerjaan tapi semuanya memberi ujian dari Illahi. Namun semangat ku tidak terputus disitu. Niat ku inginkan bonda hidup senang dengan duit gaji ku untuk bonda(bila hamba punyai pekerjaan) Hamba memasang niat dan berhajat benar supaya bonda berehat saja.
Setiap tahun , hamba mencari sahabat-sahabat persekolahan hamba. Namun ianya memberi kehampaan.Hati sering berkata.. dimana kalian berada.pada masa itu. tiada facebook.tweeter. Hati ku hampa.Ingin sekali ku bertemu dengan kalian.
KENANGAN DI TINGKATAN 3.
SEKOLAH MENENGAH TUN ISMAIL PARIT RAJA BATU PAHAT.
Teman, sesungguhnya kalian adalah semangat ku untuk mencari kalian.
KENANGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN DALAM TINGKATAN 3.
hamba masih ingat kalian..Tidak putus disuatu hari nanti kita akan bertemu jua menyambung semula siratulrahim yang terputus sekian lama.
KENANGAN BERSAMA RAKAN-RAKAN DI TINGKATAN 3.
Masih terkenangkan kalian. Dimana kalian... Adakah sudah punyai keluarga atau apakah pekerjaan yang kalin ada.Mungkin berjawatan besar, pastinya rezeki dipihak kalian.
Sementara hamba masih tercari-cari apa pekerjaan yang akan hamba buat.yang pastinya hamba masih bersama bonda hamba.
Kadang-kadang hamba terlupa untuk meneruskan jejak kasih.. memandangkan hamba sukar untuk mendapatkan maklumat tentang kalian.Sehinggalah pada suatu hari tu.. hamba mendapat tawaran untuk mengikuti latihan sebagai jururawat.
sajak buat kalian.
TEMAN.
bicara ini buat mu
yang seringkali beralih arah
biar pun masa sentiasa bersilih ganti
tapi kalian terpaksa berubah,
teman,
sesekali masa silam ku bersama kalian tersingkap jua
terasa semalam segarnya bermula
memori kalian tercipta
dalam gurau senda
kita
ada jua lagu suka duka
kita alunkan bersama
mengikut alunan tari kehidupan
teman
memang indah kehidupan kita
pertemuan, perpisahan
silih berganti
tapi dirimu tetap abadi
di sudut sanubari
kerana kalian adalah insan yang sentiasa
dalam memori... ku.
khas buat anda semua dari luahan hati - norfidah ab.manaf.
No comments:
Post a Comment