Sunday, March 24, 2013

PEMERGIAN SEORANG ABANG.

Berita itu hamba terima semasa hamba menjalani latihan Penolong Jururawat. Sukar untuk hamba percaya.Betul ke atau ianya semata-mata igauan hamba.Minggu itu minggu final exam hamba ..jadi pengajar tidak memberitahu hal sebenanya. Selepas sahaja tamat sesi exam..hamba dipanggil ke pejabat pengajar, dan inilah beritanya. Seoarng abang yang begitu kasih pada adiknya telah pergi buat selama-lamanya.Akhirnya hamba dibawa balik ke kampung Rembu untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah abang Mohd.Noor Ab.Manaf.Tarikh keramat inilah hingga disaat ini 6hb.Feb.1986 disemadikan bersebelahan dengan pusara arwah bonda. 
Tidak dapat ku bayangkan bahawa hamba begitu sayang sekali akan arwah.
Arwah suka makan karipap dan masakan kukus.pergi dalam usia muda dan masih bujang lagi. 

MENGGAMIT KENANGAN.

 inilah gambar kenangan adik beradik. Gambar hitam putih.masih dalam simpanan hamba. kini hamba masih mencari sinar kemesraan kami adik beradik.Terlalu sukar untuk hamba melahirkan kata-kata. Umpama sebuah lagu GETARAN JIWA. kemana mereka berada darah yang mengalir dalam tubuh hamba masih panas terasanya.namun begitu hamba sayangkan mereka semua.

Gambar ini diambil semasa keluarga hamba menetap ke Parit Raja batu Pahat. Arwah abang berada dibahagian belakang sekali.

Ini pula semasa arwah menjalani latihan Pembantu Makmal di Kuala Lumpur. Ini lah gambar yang hamba simpan buat kenangan hamba.Pemergiannya sukar dicari ganti.namun begitu sudah ditakdirNya kami adik-adik yang lain menerima pemergiannya moga tenang disana. Alfatihah buat arwah abang.

aminnnnn.

No comments:

Post a Comment

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014