Saturday, March 30, 2013

SENI HALUS JEMARI.

SENI HALUS JARI JEMARI.
 hampir seminggu hamba tidak membuka halaman ini, ini memandangkan tugas-tugas membataskan hamba untuk menlakarcerita yang mana hamba kira ianya banyak memberi kepuasan hasil kerja tangan hamba. Dah sememangnya sudah menajdi hobi dan kegemaran hamba dalam bidang jahitan dan masakan.
Namun ianya hanya sekadar dilakukan amsa lapang saja. untuk menambahkan kemahiran dan pengetahun hamba dalam bidang jahitan ini hamba mengambil kelas jahit.

Dahulu masa sekolah , hamba ada memhon untuk memasukki sekolah vokasional sainsrumahtangga  tetapi dibantah olih arwah ayah. Borang permohonan taelah disimpan begitu lama sekali.. dan hamba telah menjuumpainya setelah arwah tiada.

Masa hamba di alam menganggur.. hanya mesin jahit arwah emak saja yang dapat hamba gunakan. Tetapi bila hamba telah ebrkerja hamba beli sendiri dengan wang gaji hamba yeng tidak seberapa canggih.hanya secondhand dalam rm120.00.
INI LAH MESIN JAHIT TANGAN MODEL SINGER.
mesin ini hamba beli di cowkit road Kl. banyak hasil nya dengan mesin ini. Bila dah ada emsin jahit ini hamba emngambil upah menjahit baju kurung johor dengan upahnya sekitar 20 ringgit sepasang.Murah kan .... ditahun 80 an mana ada mahal-mahal semuanya murah.....

Dengan adanyan duit upah baju.. dapat lah hamba menabung memandangkan gaji hamba diwaktu itu tidaklah tinggi sangat.. hanya sekadar untuk makan aje. itu pun selepas ditolak kepada kiriman kepada ayahanda. ARwah ayahanda sentiasa mengingatkan hamba supaya berjimat-jimat dan sentiasa menabung.Alhamdullillah.Atas doa dan nasihat itu semuanya hamba tidak lupa.

sumber.
Baju kurung johor adalah baju kebangsaan negeri johor. Sememangnya baju ini kesukaan hamba apa tidaknya selama 25 tahun menetap di johor.Jadinya tidak salah ianya menjadi kegermaran hamba. Baju ini lah yang hamba tahu jahit. SEronok bila dapat pakai baju kurung hasil jahitan tangan sendiri. Selama inilah hamba belum pernah menghantar ke kedai untuk menempah. Cukuplah pahit maungnya bila pergi menghantar ke kedai baju. Baju kita tidak dijahit dengan cantiknya.

OK lah cukup disini dulu...nanti sambung lagi . Margrib akan menjelma sebentar lagi....Jom kita margrib.....

No comments:

Post a Comment

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014