Saturday, March 23, 2013

PEKERJAAN PERTAMA.

ASSALAMUALAIKUM.
Bertemu kembali sambil mendengar radio klasik. Selepas tamat latihan, hamba pulang kepangkuan keluarga batu Pahat... sementara menunggu keputusan peperiksaan penolong Jururawat.. hamba menjaga ayahanda dan adik-adik. Selama 2 bulan berada di Batu pahat.. sesekali hamba berjalan-jalan ke Parit Raja.. mana lah tau dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah.. tapi hampa... Hamba pujuk hati hamba.

Akhirnya hamba mendapat surat tawaran bekerja dan bermulalah episod hamba menajdi seorang PENOLONG JURURAWAT di HOSPITAL KUALA LUMPUR. Dihari pertama hamba melapur diri dan hamba di tempatkan di Unit Radiotherapi dimana unit tempat arwah bonda menerima rawatan.

SELAMAT DATANG.

Disini bermulalah cita-cita hamba untuk menjadi seorang pekerja yang jujur dan penuh tanggungjawab kepada pesakit. Disini banya yang hamba jumpa... pada hamba disini rumah kedua hamba.Hamba menetap asrama dan berkongsi bilik dengnan rakan-rakan senior hamba. Hamba dibuli tapi tak apa itu semuanya menajdi asam garam bercampur cili yang tidak mungkin hamba lupakan. Menjadi pengajaran dan hamba belajar berdikari berada di Kuala Lumpur yang penuh dengan macam-macam ragam manusia.
kehidupannya terlalu sukar diceritakan.Almaklumlah kalau tidak kuat iman.. hamba tak taulah bagaimana keadaan hamba. Tapi syukur lah semuanya dilindungiNya.

sumber.

Inilah hamba semasa bertugas di wad , menjalani tugas shift. seronoknya dapat cuti lebih... 
kalau tidak kemana hamba dakan balik batu pahat jenguk adik-adik. SEpanjang berada di KL,hamba berkenalan dengan kawan lelaki... tetapi semuanya tidak kesampaian dan adanya tu.Jodoh tak ada.
 BERGAMBAR BERSAMA HANIFAH DI HOSTEL NNH.
 gambar ini dirakam bersama rakan ku hindon ismail.Kami rapat jugalah.hingga kini kami terpisah selepas beliau berpindah unit.
 ini gambar hamba. berangan disuatu hari nanti akan berada meja ini.
semasa menjalankan tugas sambil bergambar sebagai kenangan. seronoknya bertugas disini. Banyak kenangan bersama pesakit kanser. Ada muda dan berumur juga. Sukar untuk hamba meluahkan disini, ada pesakit jatuh hati,,berkirim surat dan berjumpa makan-makan di komplek wilayah. Tapi akhirnya itu semuanya tinggal kenangan kerana ada nya yang pergi buat selama-lamanya.Alfatihah buat semua pesakit-pesakit kanser.
sumber.
HOSPITAL KUALA LUMPUR adalah sebuah hospital yang besar dan terkenal dengan namanya. Mempunyai anggota kerja yang terlalu ramai sekali dan sibuk sekali. Tapi hamba tidak tergugat dengan keadaan itu. hamba menjalankan tugas dengan baik dan tidak sesekali-kali untuk melanggar tatatertib tingkahlaku.
Dengan gaji yang kecil ,hamba masih ingat lagi pesanan ayanhanda supaya beringaat-ingat dan berjimat-jimat  dengan gaji yang ada. Ayahanda tidak putus-putus menghantar surat buat hamba..antara warkah yang paling berkesan buat hamba 
 inilah warkah yang banyak memberi makna dalam hidup hamba. Tulisan ayahanda sememangnya cantik.Ayahanda selalu ingatkan hamba.
begitu jugalah warkah ini. hamba tidak jemu membaca warkah ini. kekadang tidak sedar airmata membasahi pipi. 

No comments:

Post a Comment

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014