Saturday, March 23, 2013

PEMERGIAN DAN KESEDIHAN.

Bertemu kembali. 
Tahun 1984 ayahanda dan bonda mendapat tawaran percuma untuk menunaikan fardu haji. Ayahanda mendapat tawaran dari kerajaan Johor sebab telah berkhidmat dengan Johor selama 25 tahun. Alahkah girang bonda kerna dapat pergi kesana tetapi mengguna tambang sendiri. Dengan pemergian bonda dan ayahanda tinggal lah hamba dan adik-adik. Kekadang abang dan emak saudara menjaga kami. SEcara tak langsung.. gaji ayahanda hamba terima dari pegawai polis yang bertugas. Dengan duit itu hamba gunakan untuk belanja. 

Selepas pulangnya dari Mekah,, bonda tidak sihat. Bonda sakita. hamba tidak tahu apa sakitnya. Abang sepupu hamba membawa bonda ke KL untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Sekali lagi hamba ditinggalkan bersama ayahanda dan adik-adik. 

Diakhir tahun 1984, keluarga hamba terpaksa berpindah ke Batu Pahat.Sebab ayahanda pencen wajib. Kini kehidupan keluarga hamba menerpa fasa yang tidak terduga. Sekembalinya bonda dari KL.. bonda terpaksa menjalani pemebdahan buahdada.Dan juga menjalani rawatan chemo dan radioterapi. hamba tidak tahu apa itu semua rawatan itu.
Setahun lamanya bonda sihat setelah pembedahan itu.Satu wajah yang tidak dapat ku gambarkan betapa rianya bonda sebab keskitannya kembali sediakala.

Setahun kemudian... ditahun 1985 kesihatan bonda tidak mengizinkan bonda bersama keluarga. Sekali lagi bonda dibawa ke Kl untuk mendapatkan rawatan semula.Kali ini bonda tidak dibenarkan balik ke rumah buat sementara waktu. Memandangkan hamba masih tidak berkerja.. jadinya hamba melangkah pergi ke KL  meninggalkan adik-adik bersama ayahanda di Batu Pahat. hamba menjalankan tugas hamba menjaga bonda siang dan malam di hospital Kuala Lumpur. Seumur hamba tidak pernah ke hospital. 10 hari bonda di rawat di unit radioterapi KL.  Disitu hamba menjalani kehidupan yang sukar dimengertikan. hamba tempuh bersama bonda , kesakitan yang bonda rasa... dapat hamba rasai.
pada 8hb.5.1985, waktu magrib.. waktu inilah yang tidak hamba lupakan dimana kesihatan bonda semakin tenat.. hamba menalipon abang-abang dan ayahanda datang ke hospital.
Akhirnya bonda pergi buat selamanya. Tiada lagi lagu dan irama , warna kehidupan bersama bonda tersayang.Tiada wawjah seorang ibu yang dapat hamba tatapi lagi..tiada lagi cerita dan rahsia yang bolih dikongsi bersama bonda. Tiada lagi jualan nasi lemak.. dan tiada lagi kuih ketayap, koci.....
Kesemua rakan baik arawah bonda terperanjat akan pemergian bonda. 

Al-fatihah buat bonda.Anak mu ini sentiasa sematkan segala nasihat dan amanat bonda buat anakanda ini.

sajak buat bonda.

Bonda,
redup matamu ke renungi
degupan jantung mu
ku rasai
tiap kata-kata nasihat
penyuntik semangatku
untuk meneruskan kehidupanku.

kelopak tiraimu
kian lusoh
tidak terlerai untukmu
mengangkatnya.

suara azan dicorong pelusok mana
tanda magrib tiba
ku ungkap rambutmu,ku belai mu,
katamu
'emak hendak tidur'
ku panggil bonda sekali lagi...
tapi lafaz ungkapannya lemah..
Berat kakiku untuk meninggalkan seketika 
anakmu tetap disisi mu...
akhirnya bonda rebah dilenganku
jeritan kuat memanggil jururawat yang merawat mu
TIADA LAGI NAFAS MU BONDA.....

hanya sejambak bunga khas buat mu bergelar emak pada hamba.


No comments:

Post a Comment

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014