Sunday, December 1, 2013

HOBI YANG TIDAK BOLIH DILUPAKAN.

Jpm kita ke kelas jahitan hamba di Epal Learning Center Seremban. Disana macam-macam aktiviti dan projek yang hanma buat.
ini pouch tisu. Ini dijahit dengan mesin sulam berkomputer. Masin jahit ini hamba beli dengan RM10.000.00 dengan secara ansuran. BIla dah habis bayaran, baru dapat barangnya. Mulah pelbagai projek yang hamba buat dengan dibantu olih sikgu-sikgu yang berpengalaman.
TABLE RUNNER SEPANJANG MASA.
ini pun salah satu projek yang disediakan dalam program di Epal. SEronoknya bila memulakan projek ini. Tapi yang membosankannya, hamba terpaksa datang ke kelas bila cuti aje. bila dah tertangguh buatnya mulalah atiba malas nak menyiapkannya. Ini hamba guna mesin Janome.
GAUN SMOCKING.
Ini pulak, projek yang sangat-sangat hamba tunggu. Sebab nak belajar cara-cara membuat kedut dengan menggunakan mesin smocking. Baju ini hamba buatkan untuk Intan (anak hamba).sekejap aje pakai.. sebab tak suka gaun.
BAG BUNGA API.
yang ini pulak hamba jahit untuk mengetahu cara-cara membuat bag bertali dan berzip. Buatnya terlalu rumit. Tapi kira ok lah , bolih pakai bersantai-santai.
dibahagian belakang.
SKIRT PATCHWORK.
Skirt ini mudah sangat membuatnya, Terpaksa buat.. Sekarang anak dah bolih pakai, sebab dah besar.
BAKUL SERBA GUNA
Bolih digunakan untuk apa-apa item. Dan yang  ini digayakan olih anak hamba.
ini lah SMOCKING PLATTER.
Hamba beli dengan bonus harganya RM 800.00.Puas hati sebab dah dapat yang dihajat. 
MESIN JANOME.
MESIN SULAM BERKOMPUTER.
Kalau nak diimutkan memang banyak emsin dalam rumah hamba. Tapi ini adalah pendapatan sampingan yang hamba perolihi setelah membelinya. Tidak sesekali-kali membazirkan. Kerana minat sangat kat mesin ini. perlbagai projek bolih dibuat.Seronoknya bila hasilnya seperti yang ada di pasaran. Cuma jahitannya kemas. Cukuplah ye.. sampai disini dulu. Dah tengahri ini. nak masak pulak. dilain kali kita jumpa dengan hasil dan projek yang menakjupkan yang akan hamba pamerkan yang bolih dikongsi bersama.





HASILAN MASAKAN .

Apa kata kita ubah selera ke biadang  masakan yang telah hamba buat untuk keluarga hamba dan juga pelbagai resepi yang hamba mencuba membuatnya. 
KEK COKLAT STRAWBERRY JEM , hamba suka kek coklat ini. Banyak resepi kek coklat yang hamba dah cuba buat, tapi yang ini paling best. Dah banyak mendapat tempahan. Itu dulu-dulu. Sekarang dah tak buat lagi. Masa habis kat mesin jahit aje.
ini pulak kek marble hijau dengan kuning.Hamba suka makan kek marble. Tambah kalau masih panas-panas.
KEK PRUNE.
kek ini sedap dengan rasa masam-masam manis. Minta maaflah hamba tidak sertakan resepi nya. Sebab kebanyakkannya resepi ini ambil dari buku-buku resepi.
KEK BUAH BAKAR.
Ini pulak kek buah yang hamba cuba buat dari resepi blogger. Bolihlah untuk makan aje. Tidak berapa puashati. Suka makan kek buah ini. Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak, suka bantu arwah emak buat kek ini tapi kukus. Hamba tidak berhenti mencari dan mencuba buat KEK BUAH KUKUS.
KEK COKLAT BANANA MOIST.
Resepi kek ini hamba dapat dari blogger. Tapi kira ok lah. Lepas tu dah tak buat lagi... Sebab kalau hamba buat kek ini tidak akan habis dimakan, hamba banyak bawa ke tempat kerja. 
Ini diambil dari dekat. 
KEK PANDAN.
Resepi kek pandan ini hamba dapat dari sebuah buku resepi. Ianya nampak sedap. tapi bila dah buat banyak yang tidak lengkap. Tak buat lagi... Lain kali hamba tak nak beli buku resepi dari Chef ini.
Bukan sahaja kek pandan aje.. kek yang lain hamba tak nak cuba buat.

KOLEKSI TOTE BAG

Dah mula ni, hamba nak mulakan cerita , bagaimana seronoknya memulakan aktiviti menjahit hinggakan kerja-kerja rumah hamba buat selamba aje. Bila dah mula menjahit hamba tidak bolih berhenti hingga waktu makan pun hamba buat alas perut aje. Jom tenguk koleksi tote bag yang telah menjadi tempahan dari customer2 yang begitu berminat dengan patern patchwork dan applique.
Cantikkan warnanya ditempah olih rakan hamba. Hamba jual dengan RM 45.00 sahaja. Seronoknya bila mendapat duitnya. Hamba menabung hendak buat modal beli bahan-bahan.Ada lagi....
kedua-dua bag ini telah ditempah olih Pn Sham. buat emaknya. Seronok kannnn. Hamba lebih seronok. Dapat duit jualan. Kesemua tote bag ini hamba guna fabric cotton. Sebab cantik. Kebaikkannya bag ini bolih basuh dan tahan lama dan buatan tangan ni lebih kemas. Tenguk lagi...
Ini pulak tote bag hamba jahit sulam mesin berkomputer. Cantik. Ini pulak hamba jual dengan harga RM50.00. Sebab sulam mesin. Biru warnanya. Sejuk mata memandang dan redup menenangkan fikiran.
Tote bag ini telah dijual kepada rakan lama hamba yang bertugas unit rehabilitasi HTJS. Beliau berpuas hati sebab corak dan warnanya atas permintaannya. Hamba pun teruja untuk meneruskan jualan bag ini.
Inilah hasilnya dan jualan nya pulak memberangsangkan. Ini belum lagi hamba bawa balik ke kampung.Kalau dulu hamba asyik habiskan masa dengan tidur, tetapi kini tidak lagi... Bila cuti ada hari sabtu dan ahad, hamba lebih suka menghabiskan masa di rumah aje. Bolih menjahit.....
Kekadang tu hamba terfikir jugak nak buat bag banyak-banyak, tapi dikhuatiri tiada pembelinya. Ada masa itu hamba berangan nak buka kedai homemade hasil dari kerjatangan hamba.Entahlah mana lah terdaya hamba nak terbuat. Masa berpencen lambat lagi..... cuma tinggal 4-5 tahun lagi.
Ok cukup disini dulu akan koleksi tote bag ini.

Saturday, November 30, 2013

KOLEKSI TOTE BAG.

dah lama hamba tidak mengunjungi halaman bloh hamba.Kesibukkan massa dan hmba sibuk dengan facebook aje. Masa hamba kadang-kadang terlalu obes dengan facebook. Memandangkan dengan kesibukkan masa dengan tugas-tugas hamba di hospital, hamba tidak lupa untuk mengisikan masa hamba dari terbuang begitu saja. Hobi menjahit dan memasak tidak ku tinggalkan. Malah ianya ada juga menghasilkan wang sampingan selain dari gaji yang ku dapati. Mari kita lihat hasil jahitan yang telah ditempah dari customer yang begitu mengujakan hamba.pa tidaknya hasil dari kerja-kerjatangan ini dapata memberikan pendapatan sampingan yang dapat memberi kepuasan kepada hamba.
tote bag dengan patern patchwork warna biru. bag ini khas untuk ibu mmertua ku. Permintaan dari beliau untuk bag telekungnya. Inilah hasilnya.Jom kita lihat lagi ....
tote bag ini pula bag untuk santai-santai.. khas hamba buatkan untuk anak hamba. tenguk tu... dengan bergaya sekali. Gambar mikey hamba jahit sulam tampal. ada lagi... jom ....
 
tote bag ini hamba jahit pada mulanya atas tempahan seseorang.. tetapi customer tu tak jadi. apa lagi jadi milik hamba lah.. sememangnya cantuk. Bolih lah hamba bagi 5 bintang. Patern patchwork dan applique. Seronok bila melihat hasil jahitan hamba ini. Ada lagi...Jom...

tote bag ini telah dijual dengan rm 40.00 sahaja. Seronokkan dapat hasilnya.... Dapat menabung dari hasil kerjatangan hamba. Tenguk yang lain pulak....
tote bag ini ditempah dari seorang rakan FB hamba cikgu Rashidah Othman. Terima kasih cikgu. corak bag ini dengan patchwork dan applique biru gitu... Bag ini telah dijual dengan harga rm 35.00 saja.
Memandangkan hamba begitu ghairah menjahit bag.. selalu jugalah hamba melayari Google untuk melihaat patern yang sesuai untuk hamba mendapatkan ilham menjahit bag.Terima kasih dari blogger Amerika dan Pinterest.com. Jom kita lihat yang lain pulak
tote bag ini telah diitempah olih staff hamba. terima kasih Siti Aishah Joha, dengan harga rm 45.00. Hamba jahit dengnan patern applique. cantikkan dengan warna coklat..Dibelakang itu lah msin jahit yang hamba guna dalam semua projek hamba.
terima kasih Janome....
tote bag ini pulak dengan ditempah olih staff ku juga siti Aishah. Terima kasih ye.. Lain kali bolih tempah yang lain pulak.

Friday, October 25, 2013

Bicara Kak Noor: Karipap Pusing Yang Enak Dan Ranggup

Bicara Kak Noor: Karipap Pusing Yang Enak Dan Ranggup: ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat yang berkat untuk semua nya, sekarang ni dah masuk bulan syaaban makna nya tak lama lagi ramadhan , se...

Teratak Maya Zakiah: KARIPAP PUSING RESIPI 2

Teratak Maya Zakiah: KARIPAP PUSING RESIPI 2: karipap pusing RESIPI 2 ( 32 biji) Cawan yg saya guna ialah pot beras yg sedia ada dalam rice cooker. Bahan A (Doh Minyak) 3 cawan t...

Tuesday, August 20, 2013

FairyFace Designs: Last minute gift idea: Phone Cozy Tutorial

FairyFace Designs: Last minute gift idea: Phone Cozy Tutorial: Are you in need of some last minute quick, easy and fun Christmas gifts? Something you can make from your scrap basket with a minimum of...

Thursday, July 18, 2013

Arizakiah: RESEPI BISKUT DAHLIA

Arizakiah: RESEPI BISKUT DAHLIA: ASSALAMUALAIKUM.... Tempahan seorang kawan untuk  rumah terbuka. Sebenarnya mummy ni bukannya expert sangat buat biskut ni tapi bila seo...

Wednesday, July 17, 2013

CUTE OVEN, SMALL KITCHEN: SEMPERIT PANDAN

CUTE OVEN, SMALL KITCHEN: SEMPERIT PANDAN:  Assallamualaikum dan salam sejahtera semua. Emm.. lebih dari seminggu juga Naz tak masukkan entry. Maaf la ye pada yang mengunjungi...

Tuesday, July 16, 2013

my magic kitchen: SWEET TART a.k.a. TART NENAS SEDAP

my magic kitchen: SWEET TART a.k.a. TART NENAS SEDAP: Skodeng blog Kak Ina KL terliur tgk Kak Ina buat tart ini.... kebetulan nk cuti2 Malaysia xtau nk buat apa utk kudap2.... mmg rasa seindah n...

Sunday, June 9, 2013

:::Inspirasiku:::: RAINBOW CAKES IN JAR

:::Inspirasiku:::: RAINBOW CAKES IN JAR: Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.. Projek cake in jar bersama my sis acu Zuwairuni @ Homemade Chocolate .. untuk tetamu di majlis b...

Tuesday, May 28, 2013

kerjatangan hobi ku

Sekian lama tidak keudara dihalaman ini. masa tidak mengizinkan hamba utnuk bersiaran ini. kadang-kadang masa  cuti yang singkat hamba banyak mengisikan dengan kerja-kerjatangan yang sebahgiannya menjadi hobi hamba.
i
inilah tote bag yang hamba jahit untuk digunakan semasa pergi kelas epal seremban. Kepuasan dirasai dengan tersiapnya bag ini. hasil dari ilmu yang diperolihi di kelas epal hamba gunakan setiap projek yang hamba lakukan.Ok lah sekajap lagi magrib kita jumpa nanti....

Saturday, March 30, 2013

SENI HALUS JEMARI.

SENI HALUS JARI JEMARI.
 hampir seminggu hamba tidak membuka halaman ini, ini memandangkan tugas-tugas membataskan hamba untuk menlakarcerita yang mana hamba kira ianya banyak memberi kepuasan hasil kerja tangan hamba. Dah sememangnya sudah menajdi hobi dan kegemaran hamba dalam bidang jahitan dan masakan.
Namun ianya hanya sekadar dilakukan amsa lapang saja. untuk menambahkan kemahiran dan pengetahun hamba dalam bidang jahitan ini hamba mengambil kelas jahit.

Dahulu masa sekolah , hamba ada memhon untuk memasukki sekolah vokasional sainsrumahtangga  tetapi dibantah olih arwah ayah. Borang permohonan taelah disimpan begitu lama sekali.. dan hamba telah menjuumpainya setelah arwah tiada.

Masa hamba di alam menganggur.. hanya mesin jahit arwah emak saja yang dapat hamba gunakan. Tetapi bila hamba telah ebrkerja hamba beli sendiri dengan wang gaji hamba yeng tidak seberapa canggih.hanya secondhand dalam rm120.00.
INI LAH MESIN JAHIT TANGAN MODEL SINGER.
mesin ini hamba beli di cowkit road Kl. banyak hasil nya dengan mesin ini. Bila dah ada emsin jahit ini hamba emngambil upah menjahit baju kurung johor dengan upahnya sekitar 20 ringgit sepasang.Murah kan .... ditahun 80 an mana ada mahal-mahal semuanya murah.....

Dengan adanyan duit upah baju.. dapat lah hamba menabung memandangkan gaji hamba diwaktu itu tidaklah tinggi sangat.. hanya sekadar untuk makan aje. itu pun selepas ditolak kepada kiriman kepada ayahanda. ARwah ayahanda sentiasa mengingatkan hamba supaya berjimat-jimat dan sentiasa menabung.Alhamdullillah.Atas doa dan nasihat itu semuanya hamba tidak lupa.

sumber.
Baju kurung johor adalah baju kebangsaan negeri johor. Sememangnya baju ini kesukaan hamba apa tidaknya selama 25 tahun menetap di johor.Jadinya tidak salah ianya menjadi kegermaran hamba. Baju ini lah yang hamba tahu jahit. SEronok bila dapat pakai baju kurung hasil jahitan tangan sendiri. Selama inilah hamba belum pernah menghantar ke kedai untuk menempah. Cukuplah pahit maungnya bila pergi menghantar ke kedai baju. Baju kita tidak dijahit dengan cantiknya.

OK lah cukup disini dulu...nanti sambung lagi . Margrib akan menjelma sebentar lagi....Jom kita margrib.....

Sunday, March 24, 2013

KASIH BERTAUP KEMBALI.

Kira-kira di akhir tahun 2011 hamba mendapat maklumbalas dari halaman facebook.Alangkah terkejutnya hamba apabila hamba terlihat wajah-wajah rakan sekolah hamba ada di facebook.Dengan tidak tunggu-tunggu , hamba menghubungi mereka dengan berpandukan talian talipon ada tertera di halaman wall facebook.
Dengan mengenalkan nama hamba, jejak kasih yang hamba cari-cari sekian lamanya , akhirnya tertaup jua.Satu persatu hamba berhubung.Akhirnya hamba meminta salah seorang rakan hamba mengadakan reunion.
Perancangan demi perancangan dilakukan. Melalui facebook lah hamba serta rakan-rakan yang lain membuat persiapan untuk menjayakan program ini.
Seronoknya, apa tidaknya... sekian lama 32 tahun terpisah, bagaimana lah agaknya pertemuan itu nanti.

Bagaimana agaknya wajah-wajah kalian.baik rakan lelaki atau pun rakan perempuan. Hamba tak sabar untuk pertemuan ini. Ada yang sudah ekmbali ke kampung halaman sendiri, ada yang dapat bertugas dan berkhidmat di kampung halaman. Seronok kan... Bila mengingatkan Parit Raja Batu Pahat, teringat hamba akan temppat ini yang banyak nostalgianya. Apa tidaknya dari tahun 1972 hinggalah 1984 keluarga hamba menetap di sini. Nostalgianya sukar dilupakan dari ingatan hamba. Kenangan demi kenangan menggamit kenangan.


Ini lah rakan hamba yang bertindak sebagai pengerusi untuk menjayakan prgoram reunion group 75-79 dan group 76-80 EX STI.Sementara hamba bertindak sebagai bendahari sementara untuk mengutip setiap bayaran melalui bank in dan setiap maklumat akan diwar-warkan dalam wall group.
TERIMA KASIH FACEBOOK.Mempertemukan hamba dengan rakan-rakan hamba.



TEMAN

kadang-kadang kita terlupa tentang sahabat kita. Sahabat yang paling rapat bersama kita.Sahabat yang kita kenal teramatlah sukar untuk menjelaskan siapa sahabat sejati, siapa sahabat yang menghancurkan kita. Dan siapa sahabat yang bersedia berkongsi masalah dan suka-duka kita.
Dengan erti kata,sahabat yang baik , jujur dan ikhlas lah yang kita cari.Sahabat menjadi pendengar yang terbaik buat kita.
Begitulah kisahnya sahabat yang ingin hamba cerita kat sini,,
sahabat yang ku kenali semasa dizaman persekolahan.Alam persekolah hamba di Sekolah Menengah Tun Ismail Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Dari tahun 1975 hinggalah tahun 1979, perhubungan persahabatan  tidak pernah tergugat akan apa jua persengketaan, hamba terputus perhubungan selepas SPM.Masing-masing mengikut haluan masing dalam mengejar pekerjaan dan ada jua menamatkan zaman bujang.

Sementara hamba hidup membawa haluan sebagai penganggur menemani keluarga yang memerlukan perkhidmatan hamba untuk membantu bonda dalam berniaga.

Dalam masa yang sama.. ada juga hamba memohon pekerjaan tapi semuanya memberi ujian dari Illahi. Namun semangat ku tidak terputus disitu. Niat ku inginkan bonda hidup senang dengan duit gaji ku untuk bonda(bila hamba punyai pekerjaan) Hamba memasang niat dan berhajat benar supaya bonda berehat saja.

Setiap tahun , hamba mencari sahabat-sahabat  persekolahan hamba. Namun ianya memberi kehampaan.Hati sering berkata.. dimana kalian berada.pada masa itu. tiada facebook.tweeter. Hati ku hampa.Ingin sekali ku bertemu dengan kalian.

Terbayang-bayang akan wajah rakan-rakan seperti Yousmini, musalmah, norsiah, norizah, rozita, khairuddin, khir johari, mat suri, baharum, mansor, dan lain-lain... dimana kalian. ingin sekali ku menceritakan akan kehidupan ku.




KENANGAN DI TINGKATAN 3.
SEKOLAH MENENGAH TUN ISMAIL PARIT RAJA BATU PAHAT.

 Teman, sesungguhnya kalian adalah semangat ku untuk mencari kalian.

KENANGAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN DALAM TINGKATAN 3.

hamba masih ingat kalian..Tidak putus disuatu hari nanti kita akan bertemu jua menyambung semula siratulrahim yang terputus sekian lama.

KENANGAN BERSAMA RAKAN-RAKAN DI TINGKATAN 3.

Masih terkenangkan kalian. Dimana kalian... Adakah sudah punyai keluarga atau apakah pekerjaan yang kalin ada.Mungkin berjawatan besar, pastinya rezeki dipihak kalian.
Sementara hamba masih tercari-cari apa pekerjaan yang akan hamba buat.yang pastinya hamba masih bersama bonda hamba.

Kadang-kadang hamba terlupa untuk meneruskan jejak kasih.. memandangkan hamba sukar untuk mendapatkan maklumat tentang kalian.Sehinggalah pada suatu hari tu.. hamba mendapat tawaran untuk mengikuti latihan sebagai jururawat.

sajak buat kalian.

TEMAN.
bicara ini buat mu
yang seringkali beralih arah
biar pun masa sentiasa bersilih ganti
tapi kalian  terpaksa berubah,
teman,
sesekali masa silam ku bersama kalian tersingkap jua
terasa semalam segarnya bermula
memori kalian  tercipta
dalam gurau senda
kita
ada jua lagu suka duka
kita alunkan bersama
mengikut alunan tari kehidupan

teman
memang indah kehidupan kita
pertemuan, perpisahan 
silih berganti
tapi dirimu tetap abadi
di sudut sanubari
kerana kalian adalah insan yang sentiasa 
dalam memori... ku.

 khas buat anda semua dari luahan hati - norfidah ab.manaf.






SAJAK BUAT ABANG.

Khas buat seorang abang.

sesungguhnya aku bersyukur akan kehadiranmu..
sebagai seorang abang
jelas terpancar kau seorang abang
yang penyanyang dan seorang anak yang baik
setiap detik, setiap masa setiap kali 
akan teringat detik manis antara abang dan adik
bersama-sama berjalan kaki menyusur ke sekolah di subuh hari.

Abang,
setiap gelak ketawa, gurau senda mu
dan yang paling tak ku lupa dari memori
ayahanda menghantar kita ke sekolah dengan basikal..
abang duduk belakang,aku  duduk depan,
kini 
abang  tiada lagi 
adik doakan semuga abang damai disana
ku panjatkan doa-doa kudus buat mu
Al-fatihah buat mu 
Aminnnnnnn



PEMERGIAN SEORANG ABANG.

Berita itu hamba terima semasa hamba menjalani latihan Penolong Jururawat. Sukar untuk hamba percaya.Betul ke atau ianya semata-mata igauan hamba.Minggu itu minggu final exam hamba ..jadi pengajar tidak memberitahu hal sebenanya. Selepas sahaja tamat sesi exam..hamba dipanggil ke pejabat pengajar, dan inilah beritanya. Seoarng abang yang begitu kasih pada adiknya telah pergi buat selama-lamanya.Akhirnya hamba dibawa balik ke kampung Rembu untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah abang Mohd.Noor Ab.Manaf.Tarikh keramat inilah hingga disaat ini 6hb.Feb.1986 disemadikan bersebelahan dengan pusara arwah bonda. 
Tidak dapat ku bayangkan bahawa hamba begitu sayang sekali akan arwah.
Arwah suka makan karipap dan masakan kukus.pergi dalam usia muda dan masih bujang lagi. 

MENGGAMIT KENANGAN.

 inilah gambar kenangan adik beradik. Gambar hitam putih.masih dalam simpanan hamba. kini hamba masih mencari sinar kemesraan kami adik beradik.Terlalu sukar untuk hamba melahirkan kata-kata. Umpama sebuah lagu GETARAN JIWA. kemana mereka berada darah yang mengalir dalam tubuh hamba masih panas terasanya.namun begitu hamba sayangkan mereka semua.

Gambar ini diambil semasa keluarga hamba menetap ke Parit Raja batu Pahat. Arwah abang berada dibahagian belakang sekali.

Ini pula semasa arwah menjalani latihan Pembantu Makmal di Kuala Lumpur. Ini lah gambar yang hamba simpan buat kenangan hamba.Pemergiannya sukar dicari ganti.namun begitu sudah ditakdirNya kami adik-adik yang lain menerima pemergiannya moga tenang disana. Alfatihah buat arwah abang.

aminnnnn.

Saturday, March 23, 2013

KAMPUNG HALAMAN.

sumber

Disinilah kedua orang tua hamba berasal. Sementara hamba pula dilahirkan disini. keluarga hamba merantau dari satu tempat ke satu tempat. Akhirnya hamba dibesarkan di Johor. Bila musim cuti sekolah hamba sekeluarga akan pulang ke kampung. Sementara bonda pulak akan membawa sedikit makanan sebagai bekalan makan sepanjang berada dikampung.Sementara hamba suka sangat-sangat bila dapat balik kampung. Dapat pergi ke sawah padi, main konda-kondi, main masak-masak bersama-sama sepupu hamba dan adik beradik lain.

 sumber.
Kebanyakkan rumah orang-orang negeri sembilan diperbuat dari papan. kedudukannya rapat-rapat antara satu sama lain.Tapi kini rumah pusaka keluarga hamba tiada lagi... hanya tinggal kenangan dan tapak saja.Dsini juga pusara bonda bersemadi.

 sumber.
Lesung kayu. lesung ini lah alat untuk menumbuk apa jua bahan unatuk masak.Dulu-dulu tidak ada blender... selalunya hamba suka menumbuk kalau musim sawah padi menuai.Buat emping.Seronok menumbuk emping... dapat makan emping. kalau bukan musim padi.. arwah bonda dan nenek akan menumbuk cili dan rempah. Semuanya buat sendiri. nak hantar ke kilang , jauh nun di Tampin. nak keluar pun susah.. terpaksa berjalan kaki untuk ke pekan rembau.

 Sumber.

Pada malam hari pula.. lampu minyak tanah inilah yang memberi cahaya malam dalam rumah. bekalan letrik dan air susah sekali. SEtiap pagi mesti ke kedai beli minyak tanah. Petang-petang pulak mengikut giliran untuk emnyala lampu ini. Bila pagi hari... masing-masing kemas dan apstikan darung mentol dalam keadaan baik.Siapa yang pandai pam lampu minyak ini .. cahaya lampu akan lebih terang.

 Sumber.
Dapur kayu pulak adalah alat untuk memasak. mana ada dapur gas. Bila kami balik kampung.. pagi-pagi lagi bila keluar mencari sayur kampung,, sambil mencari kayu api. Dikampung senang dapatkan kayu api dari ranting-ranting pokok. Arwah nenek suka kalau semua cucunya balik kampung.Penuh rak dapurnya dengan kayu api. Tapi nak hidupkan apinya bukannya senang..adakalanya mata penuh dengan abu-abu kayu.. mata masuk habuk.periuk dan cerek akan menjadi mangsa hitam legam lah...Tak perlu diputihkan. Tidak ada siapa yang sanggup untuk mengilatnya.

 Sumber.
kukur kelapa lama.Dulu-dulu mana ada mesin kelapa.Kukur kelapa ini lah yang menghasilkan santan. Siapa yang tak tahu emngukur kelapa tangannya akan menjadi mangsa luka. Hamba selalu jadi mangsa tapak tangan luka. Tapi tak serik juga. SEbab tulah hamba mahir menggunakan kukur kelapa lama.kalau nak makan emping sedap.. biasanya guna kelapa muda dan parutannya kasar.Sedap dan enak sekali bila dicampurkan sekali dengan air kopi.

Sumber
batu giling ini digunakan untuk menggiling lada kering.Barang siapa yang menggiling lada tangan akan pijar. apa tidaknya...tangan akan mengaut lada dan airnya .Tapi masakan sedap.

Sumber.
Lemang.Lemang adalah makanan tradisional orang-orang negeri sembilan. Bukan senang nak buat lemang ini. Hanya orang tua-tua aje tahu buat. perlu ppunyai hati yang sabar. Bila membakrnya pun perlu sabar dan berhati-hati..Lemang yang sedap pulutnya masak petul-betul dan berlemak, jangan berkerak.
Pada hamba, lemang buatan arwah bonda memangnya sedap.


>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014