KEK COKLAT STRAWBERRY JEM , hamba suka kek coklat ini. Banyak resepi kek coklat yang hamba dah cuba buat, tapi yang ini paling best. Dah banyak mendapat tempahan. Itu dulu-dulu. Sekarang dah tak buat lagi. Masa habis kat mesin jahit aje.
ini pulak kek marble hijau dengan kuning.Hamba suka makan kek marble. Tambah kalau masih panas-panas.
KEK PRUNE.
kek ini sedap dengan rasa masam-masam manis. Minta maaflah hamba tidak sertakan resepi nya. Sebab kebanyakkannya resepi ini ambil dari buku-buku resepi.
KEK BUAH BAKAR.
Ini pulak kek buah yang hamba cuba buat dari resepi blogger. Bolihlah untuk makan aje. Tidak berapa puashati. Suka makan kek buah ini. Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak, suka bantu arwah emak buat kek ini tapi kukus. Hamba tidak berhenti mencari dan mencuba buat KEK BUAH KUKUS.
KEK COKLAT BANANA MOIST.
Resepi kek ini hamba dapat dari blogger. Tapi kira ok lah. Lepas tu dah tak buat lagi... Sebab kalau hamba buat kek ini tidak akan habis dimakan, hamba banyak bawa ke tempat kerja.
Ini diambil dari dekat.
KEK PANDAN.
Resepi kek pandan ini hamba dapat dari sebuah buku resepi. Ianya nampak sedap. tapi bila dah buat banyak yang tidak lengkap. Tak buat lagi... Lain kali hamba tak nak beli buku resepi dari Chef ini.
Bukan sahaja kek pandan aje.. kek yang lain hamba tak nak cuba buat.
No comments:
Post a Comment