Sunday, December 1, 2013

HOBI YANG TIDAK BOLIH DILUPAKAN.

Jpm kita ke kelas jahitan hamba di Epal Learning Center Seremban. Disana macam-macam aktiviti dan projek yang hanma buat.
ini pouch tisu. Ini dijahit dengan mesin sulam berkomputer. Masin jahit ini hamba beli dengan RM10.000.00 dengan secara ansuran. BIla dah habis bayaran, baru dapat barangnya. Mulah pelbagai projek yang hamba buat dengan dibantu olih sikgu-sikgu yang berpengalaman.
TABLE RUNNER SEPANJANG MASA.
ini pun salah satu projek yang disediakan dalam program di Epal. SEronoknya bila memulakan projek ini. Tapi yang membosankannya, hamba terpaksa datang ke kelas bila cuti aje. bila dah tertangguh buatnya mulalah atiba malas nak menyiapkannya. Ini hamba guna mesin Janome.
GAUN SMOCKING.
Ini pulak, projek yang sangat-sangat hamba tunggu. Sebab nak belajar cara-cara membuat kedut dengan menggunakan mesin smocking. Baju ini hamba buatkan untuk Intan (anak hamba).sekejap aje pakai.. sebab tak suka gaun.
BAG BUNGA API.
yang ini pulak hamba jahit untuk mengetahu cara-cara membuat bag bertali dan berzip. Buatnya terlalu rumit. Tapi kira ok lah , bolih pakai bersantai-santai.
dibahagian belakang.
SKIRT PATCHWORK.
Skirt ini mudah sangat membuatnya, Terpaksa buat.. Sekarang anak dah bolih pakai, sebab dah besar.
BAKUL SERBA GUNA
Bolih digunakan untuk apa-apa item. Dan yang  ini digayakan olih anak hamba.
ini lah SMOCKING PLATTER.
Hamba beli dengan bonus harganya RM 800.00.Puas hati sebab dah dapat yang dihajat. 
MESIN JANOME.
MESIN SULAM BERKOMPUTER.
Kalau nak diimutkan memang banyak emsin dalam rumah hamba. Tapi ini adalah pendapatan sampingan yang hamba perolihi setelah membelinya. Tidak sesekali-kali membazirkan. Kerana minat sangat kat mesin ini. perlbagai projek bolih dibuat.Seronoknya bila hasilnya seperti yang ada di pasaran. Cuma jahitannya kemas. Cukuplah ye.. sampai disini dulu. Dah tengahri ini. nak masak pulak. dilain kali kita jumpa dengan hasil dan projek yang menakjupkan yang akan hamba pamerkan yang bolih dikongsi bersama.





HASILAN MASAKAN .

Apa kata kita ubah selera ke biadang  masakan yang telah hamba buat untuk keluarga hamba dan juga pelbagai resepi yang hamba mencuba membuatnya. 
KEK COKLAT STRAWBERRY JEM , hamba suka kek coklat ini. Banyak resepi kek coklat yang hamba dah cuba buat, tapi yang ini paling best. Dah banyak mendapat tempahan. Itu dulu-dulu. Sekarang dah tak buat lagi. Masa habis kat mesin jahit aje.
ini pulak kek marble hijau dengan kuning.Hamba suka makan kek marble. Tambah kalau masih panas-panas.
KEK PRUNE.
kek ini sedap dengan rasa masam-masam manis. Minta maaflah hamba tidak sertakan resepi nya. Sebab kebanyakkannya resepi ini ambil dari buku-buku resepi.
KEK BUAH BAKAR.
Ini pulak kek buah yang hamba cuba buat dari resepi blogger. Bolihlah untuk makan aje. Tidak berapa puashati. Suka makan kek buah ini. Dulu-dulu masa zaman kanak-kanak, suka bantu arwah emak buat kek ini tapi kukus. Hamba tidak berhenti mencari dan mencuba buat KEK BUAH KUKUS.
KEK COKLAT BANANA MOIST.
Resepi kek ini hamba dapat dari blogger. Tapi kira ok lah. Lepas tu dah tak buat lagi... Sebab kalau hamba buat kek ini tidak akan habis dimakan, hamba banyak bawa ke tempat kerja. 
Ini diambil dari dekat. 
KEK PANDAN.
Resepi kek pandan ini hamba dapat dari sebuah buku resepi. Ianya nampak sedap. tapi bila dah buat banyak yang tidak lengkap. Tak buat lagi... Lain kali hamba tak nak beli buku resepi dari Chef ini.
Bukan sahaja kek pandan aje.. kek yang lain hamba tak nak cuba buat.

KOLEKSI TOTE BAG

Dah mula ni, hamba nak mulakan cerita , bagaimana seronoknya memulakan aktiviti menjahit hinggakan kerja-kerja rumah hamba buat selamba aje. Bila dah mula menjahit hamba tidak bolih berhenti hingga waktu makan pun hamba buat alas perut aje. Jom tenguk koleksi tote bag yang telah menjadi tempahan dari customer2 yang begitu berminat dengan patern patchwork dan applique.
Cantikkan warnanya ditempah olih rakan hamba. Hamba jual dengan RM 45.00 sahaja. Seronoknya bila mendapat duitnya. Hamba menabung hendak buat modal beli bahan-bahan.Ada lagi....
kedua-dua bag ini telah ditempah olih Pn Sham. buat emaknya. Seronok kannnn. Hamba lebih seronok. Dapat duit jualan. Kesemua tote bag ini hamba guna fabric cotton. Sebab cantik. Kebaikkannya bag ini bolih basuh dan tahan lama dan buatan tangan ni lebih kemas. Tenguk lagi...
Ini pulak tote bag hamba jahit sulam mesin berkomputer. Cantik. Ini pulak hamba jual dengan harga RM50.00. Sebab sulam mesin. Biru warnanya. Sejuk mata memandang dan redup menenangkan fikiran.
Tote bag ini telah dijual kepada rakan lama hamba yang bertugas unit rehabilitasi HTJS. Beliau berpuas hati sebab corak dan warnanya atas permintaannya. Hamba pun teruja untuk meneruskan jualan bag ini.
Inilah hasilnya dan jualan nya pulak memberangsangkan. Ini belum lagi hamba bawa balik ke kampung.Kalau dulu hamba asyik habiskan masa dengan tidur, tetapi kini tidak lagi... Bila cuti ada hari sabtu dan ahad, hamba lebih suka menghabiskan masa di rumah aje. Bolih menjahit.....
Kekadang tu hamba terfikir jugak nak buat bag banyak-banyak, tapi dikhuatiri tiada pembelinya. Ada masa itu hamba berangan nak buka kedai homemade hasil dari kerjatangan hamba.Entahlah mana lah terdaya hamba nak terbuat. Masa berpencen lambat lagi..... cuma tinggal 4-5 tahun lagi.
Ok cukup disini dulu akan koleksi tote bag ini.

>
Elegant Rose - Working In Background
Copyright Masmerah Wanperkasa
Designed by UMIESUEstudio 2014