Saturday, January 3, 2015
HARI INI.....
dah lama tidak berkunjung di teratak ku ini. Salam Maulidur Rasul .hari ini ia datang lagi tanda aku mengingatkan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. aku bersyukur akan nikmatNya. Berselawat ke atasnya. Aku berdoa agar kehidupan ku dipenuhi dengan keimanan dan kesejahteraan di murahkan rezeki dalam keluarga ku. hanyalah pada Mu Ya Illahi dan bertakwa penuh redha , untung malang nasib diri Engkaulah ya Allah.
Banyak yang telah berlaku sepanjang perjalanan ku di sepanjang perjalanan didalam bidang kerjaya ku.Perjalanan kehiduapn keluarga yang ada pasang surut dan bahagianya aku bersama suami dan anak ku. terima kasih sepenuhnya hati dengan ketulusan yang diberi olih seorang suami yang faham akan kehendak ku dalam melayari hidup bersama. seorang anak yang kian membesar dalam mengejar cita-cita dalam pelajaran yang mana banyak kesabaran untuk memastikan kejayaannya yang akan digenggamnya. sistem pendidikan sekarang begitu tinggi cabarannya.
Sementara aku pula aku terus berusaha dalam meningkatkan perkhidmatan ku dalam mencapai misi dan visi.kejayaan sepanjang perkhidmatan adalah terukir setelah pesakit balik ke rumah dengan sembuh dengan perawatan yang diberi olih para pegawai perubatan dan juga para jururawat yang sentiasa bersama bersatu bekerjasama dalam menjalankan tugas tanpa mengira bangsa, ugama dan budaya.Ianya tetap sama dengnan profesyen yang telah diberi amanah.
kekedang bila aku tidak bertugas selama lebih dari 3 hari, aku masih teringat dan akan merindui pesakit-pesakit ku tinggal berhari di wad. masih lagi berharap kepada semua pesakit agar sihat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga tersayang. dengan iringan doa agar selalu makan ubat yang dibekalkan olih para pegawai perubatan dan nasihat kesihatan yang diberi olih para jururawat yaang bertugas.Begitu murninya semuanya para-para perubatan.
indah sekali bila pesakit diberi layanan sebegini. Alhamdulillah.... semuga dengan niat yang ikhlas dan jujur dan amanah disulami dengan sekuntum senyuman menambahkan lagi kesembuhan kurangnya kesakitan yang dialami olih pesakit.Aminnnn